Kisah para nabi dan rasul, Nabi dan sahabat
mukjizat nabi muhammad perihal makanan dan minuman
10 Komen
Assalaamu’alaikum w.b.t……. Kita akan menyambung lagi
bacaan mengenai mukjizat Nabi Muhammad S.a.w yang tidak terbilang
banyaknya. Tetapi di sini akan ditambah lagi beberapa mukjizat berkenaan
dengan keberkatan makanan dan minuman yang telah diperlihatkan oleh
baginda Rasulullah S.a.w. Dan peristiwa-peristiwa tersebut adalah
peristiwa di luar tabiei yang mana ahli-ahli sihir pun tidak dapat
melakukannya. Itu lah perbezaan antara mukjizat dengan sihir, yang mana
sihir hanyalah khayalan dan ilusi yang dikerjakan oleh jin dan syaitan,
manakala mukjizat adalah nyata berlaku dan hanya berlaku kepada para
nabi sebagai bukti kebenaran yang dibawanya.
Peristiwa Khandaq, keajaiban di rumah Jabir bin Abdullah r.a
Bukhari dan Muslim serta lain-lainnya meriwayatkan
dari Jabir bin Abdullah r.a tentang kisah penggalian Khandaq. Ia
berkata, “Aku melihat rasa lapar yang sangat pada diri Nabi S.a.w. Aku
segera mengeluarkan kuali yang di dalamnya ada satu takar gandum dan
kami punya juga seekor haiwan kecil sebangsa anak kambing kacung.”
Dalam riwayat lain, dari Jabir disebutkan bahawa
beliau berkata, “Sebelum Perang Khandaq kami menggali parit. Dalam
penggalian itu kami terhalang oleh batu yang sangat keras. Mereka datang
menemui rasul dan berkata, “ini adalah batu yang sangat keras yang
menghalangi penggalian.”
“Aku akan segera turun,” sabda baginda S.a.w. Dalam
keadaan berdiri baginda menganjalkan perutnya dengan batu. Selama 3 hari
kami tidak akan merasai apa-apa. Lalu tanah yang keras itu dipukul oleh
nabi yang kemudian hancur berkeping-keping. Sesudah itu aku berkata
kepada Rasulullah S.a.w, “Wahai Rasulullah, izinkanlah aku pulang ke
rumah.”Baginda pun mengizinkan aku pulang. Sampainya di rumah aku
berkata kepada isteriku, “Aku melihat sesuatu pada diri nabi, yang bila
saja aku melihatnya tentu aku tidak akan sabar. Apakah kamu mempunyai
sesuatu?
“Aku punya gandum dan
anak kambing betina,” jawab isteriku. Anak kambing itu langsung aku
sembelih dan gandumnya ku masak. Dagingnya ku letakkan dalam periuk lalu
aku menemui Rasulullah S.a.w. Isteriku berkata, “Janganlah kau
membuatkan aku malu di hadapan Rasulullah dan orang-orang yang
bersamanya kerana makanan yang dibawa hanya sedikit”.
Setelah bertemu aku berbisik pada rasul, Wahai
Rasulullah S.a.w kami telah menyembelih haiwan kami dan memasak satu
takar gandum kami. Kemarilah engkau bersama satu orang bersamamu, asal
jangan lebih dari sepuluh orang.”
Dalam riwayat lain disebutkan, “Kami mempunyai
sedikit makanan yang telah kami buat. Kemarilah engkau wahai Rasulullah
bersama seorang atau dua orang sahaja.”
Sabda baginda S.a.w, “Katakanlah kepada isterimu agar
periuknya jangan diangkat dulu dari tungku begitu adunan rotinya sampai
aku datang. ” Sesudah itu baginda melaungkan, “Wahai semua penggali
parit, sesungguhnya Jabir telah membuat makanan. Marilah semuanya segera
ke mari!”
Setelah aku bertemu isteriku aku berkata kepadanya, Sungguh teruklah kamu, nabi datang bersama semua orang Ansar dan Muhajirin.”
“Apakah baginda bertanya berapa banyak makananmu?” tanya isteriku.
“Ya”, jawabku.
“Allah dan rasul lebih mengetahui. Kita membuat roti apa yang ada pada kita sahaja.”
Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Jabir berkata,
“Aku pulang ke rumah. Rasulullah S.a.w pula datang bersama semua orang.
Isteriku mengeluarkan adunan roti, lalu baginda meludahi adunan itu lalu
memberkatinya. Kemudian rasulullah S.a.w menuju ke periuk kami,
meludahinya dan berdoa agar diberkati. Sesudah itu, baginda bersabda
kepada Jabir, “panggillah tukang pembuat roti agar dia membuatnya
bersama isterimu.”
Baginda S.a.w juga bersabda kepada isteriku, “Ceduklah isi periuk ini, tetapi periuknya jangan engkau turunkan.”
Mereka datang bersama Rasulullah S.a.w seramai
kira-kira seribu orang, didudukkan sepuluh-sepuluh, lalu mereka semuanya
makan. Aku bersumpah demi Allah, mereka semua dapat makan. Aku
bersumpah demi Allah, mereka semua dapat makan. Sampai akhirnya mereka
meninggalkan makanan, maka periuk kami dan adunan roti kami masih
seperti mula-mula tadi. Baginda S.a.w bersabda, “Makanlah dan
hadiahkanlah.” Sehingga pada hari itu kami dapat memakannya dan
memberikannya kepada jiran tetangga. Dan dalam riwayat lain disebutkan
“Kami dapat makan dan memberikannya kepada tetangga. Dan setelah
Rasulullah S.a.w keluar, maka makanan itu pun habis pula.” Di ambil
dari hadith riwayat Bukhari dan Muslim
Dan peristiwa seakan-akan sama seperti di atas juga telah berlaku di rumah Thalhah r.a kemudiannya.
Bubur yang berkat
At Thabari meriwayatkan dalam Al Ausath dengan sanad
yang Hasan, dari Abu Hurairah r.a ia berkata, “Rasulullah S.a.w
memanggilku seraya bersabda, “Pergilah ke rumah dan katakan kepada seisi
rumah, “kemarikan makanan yang ada padamu”. Lalu mereka memberiku
talam yang berisi bubur bercampur kurma, lalu ku bawakan kepada
Rasulullah S.a.w. Sesudah itu baginda bersabda lagi, panggillah semua
orang yang ada di masjid.” Aku berkata dalam hati, “celakalah aku kerana
ku lihat makanan ini terlalu sedikit. Benar-benar celakalah aku kerana
bermaksiat dengan memanggil mereka, lalu mereka semua akan berkumpul.”
Nabi S.a.w meletakkan jari-jemarinya di atas makanan
itu , meludahi setiap bahagiannya seraya bersabda, “Makanlah dengan nama
Allah! ” Maka mereka pun makan sampai kenyang dan aku juga ikut makan
hingga kenyang. Sesudah itu aku mengangkatnya. Ternyata keadaannya
seperti keadaan asal. Hanya sahaja di sana ada bekas jari-jari
rasulullah S.a.w.
Keberkatan dalam susu kambing
Abu Ya’la, At Thabrani, Hakim meriwayatkan dari Qais
bin Abi Nu’man r.a berkata, “Ketika Rasulullah S.a.w dan Abu Bakar pergi
secara diam-diam, mereka melewati seorang budak yang sedang mengembala
kambing. Rasul dan Abu Bakar meminta agar diberi susu perahan.”
“Aku tidak mempunyai seekor kambing pun yang dapat
diperah. Bahkan ada seekor anak kambing yang sudah tidak mendapatkan air
susu lagi sejak awal pada musim kemarau ini, ” kata budak itu.
Rasulullah bersabda, “Panggillah dombamu itu.” Lalu memegang kantung
kelenjar susunya dan berdoa. Abu Bakar datang sambil membawa bejana.
Rasul memerah susu, lalu diberikan kepada Abu Bakar, memerah lagi lalu
diberikan kepada pengembala, lalu diperah lagi untuk meminumnya. Sang
pengembala bertanya kehairanan, “Siapakah engkau ini? Demi Allah, aku
belum pernah melihat orang sepertimu.”
“Aku adalah Muhammad, Rasulullah,” jawab baginda S.a.w.
“Engkaukah yang dianggap Quraisy telah menimpakan mala petaka?”
“Memang itu lah yang mereka katakan”
“Aku bersaksi bahawa engkau adalah seorang nabi. Apa
yang engkau bawa adalah benar. Tidak ada yang dapat berbuat seperti yang
engkau perbuat kecuali adalah seorang nabi.”
Perigi yang kering kembali berair
Muslim meriwayatkan dari Salamah bin Al Aqwa’, ia
berkata, “Kami yang berjumlah seribu empat ratus orang tiba di
Hudaibiyyah bersama nabi S.a.w. Kami semua dan empat puluh ekor kambing
yang dibawa tidak mendapatkan air. Selanjutnya nabi S.a.w berjongkok di
bibir bekas sebuah perigi. Entah baginda berdoa atau meludah ke sana,
namun yang jelas tiba-tiba memancar air yang sangat deras. Akhirnya kami
dapat minum sepuas-puasnya, begitu juga dengan kambing-kambing kami.”
Dan berbagai lagi peristiwa yang membuktikan tentang
KEBENARAN Nabi Muhammad S.a.w sebagai seorang utusan dari Allah S.w.t.
Wallahu a’lam

Tidak ada komentar:
Posting Komentar